Mengenai Kami

PERSATUAN KEBUDAYAAN GURU PELATIH INDIA, INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS merupakan satu persatuan yang di tubuhkan atas kerjasama pelajar-pelajar India di Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis. Sebelum penubuhan banyak aktiviti-aktiviti yang berfaedah telah dijalankan. Disini kami akan muat naikkan perihal-perihal mengenai aktiviti-aktiviti persatuan serta gambar-gambar yang diambil dalam aktiviti-aktiviti tersebut. Sekian, Terima Kasih.......

Wednesday, October 12, 2011

Upacara Sembahyang Hajat Sempena Peperiksaan

Pada 21 Oktober 2010 yang lalu, pelajar-pelajar India, Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis telah menganjurkan satu upacara Sembahyang Hajat Sempena Peperiksaan bagi hujung semester tersebut. Ia telah dijalankan di Kuil Arulmigu Sri Veera Maha Kaliamman Aalayam, Kangar, Perlis Indera Kayangan. Lebih kurang 40 orang guru pelatih telah mengambil bahagian dalam Upacara Sembahyang Hajat itu. Selain itu, para pensyarah bimbingan iaitu En.Kalaiselvan, En.Ravintheran dan En.Krishnakumar, juga telah menghadiri Upacara Sembahyang tersebut. Selepas upacara sembahyang, para pelajar telah menyanyikan lagu-lagu suci seperti "Thevaram", "Kandha Shashthi Kavasam", dan juga "Bhajan". Kemudian, makanan telah disediakan. Para hadirin telah menjamu selepas habis Upacara Sembahyang Hajat tersebut. Perbelanjaan untuk Upacara Sembahyang tersebut dan makanan untuk seramai 70 orang hadirin telah ditanggung oleh para guru pelatih. Disini, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pentadbiran Kuil Arulmigu Sri Veera Maha Kaliamman Aalayam, Kangar, kerana telah membantu kami menganjurkan upacara tersebut. Disini disertakan beberapa gambar yang diklik pada Upacara tersebut.

 Para guru pelatih
Para Guru pelatih

 Para guru pelatih


Guru Pelatih Lelaki
 Para Guru Pelatih tengah menyanyikan lagu-lagu suci
 En.Krishnakumar, Pensyarah Penasihat
 Senior-senior
 En.Kalaiselvan, salah satu pensyarah penasihat

 Para hadirin dan guru pelatih tengah menjamu selera
 Para guru pelatih dan hadirin tengah menjamu makanan